HOME: News Current Funding Opportunities Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Sciencefund, Technofund dan Innofund) 2016

Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Sciencefund, Technofund dan Innofund) 2016

E-mail Print PDF

 

-----Forwarded by Prof Madya Dr Ahmad Taufek Bin Abdul Rahman/IRMI/UiTM on 12/31/2015 10:56AM -----

 

SEGERA MELALUI EMAIL

 

Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Prof./Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Sciencefund, Technofund dan Innofund) akan dibuka bermula 1 Januari 2016. Semua permohonan perlu dibuat secara online melalui sistem eSciencefund (Dana Sciencefund) dan eDana(Technofund dan Innofund). Kedua-dua sistem boleh dicapai melalui laman web rasmi Kementerian di www.mosti.gov.my.


3.       Bagi tahun 2016, proses permohonan dana SciencefundTechnofund dan Innofund akan dibuat mengikut empat (4) kitaran seperti jadual berikut:


KITARAN

TEMPOH PERMOHONAN

PEMAKLUMAN KEPUTUSAN

1

1 hingga 29 Januari 2016

Minggu terakhir Mac 2016

2

1 hingga 29 April 2016

Minggu terakhir Jun 2016

3

1 hingga 29 Julai 2016

Minggu terakhir September 2016

4

1 hingga 28 Oktober 2016

Minggu terakhir Disember 2016


Pemohon dipelawa untuk membuat permohonan mengikut tempoh permohonan yang ditetapkan seperti di jadual kitaran. Sistem tidak akan membenarkan sebarang penghantaran permohonan yang dibuat di luar tempoh permohonan dan sebarang rayuan untuk melanjutkan tempoh permohonan tidak akan dilayan.


4.         Kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini adalah amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih

 

Ellya Masriq bin Ahmad Sani

Bahagian Dana

MOSTI

Tel: 03-8885 8143 (DL)

Faks: 03-8889 2994